dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Kubu Gajah, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Seni Budaya Merdeka Komuniti Madani Kubu Gajah 2025

10 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Program Hari Seni Budaya Merdeka Komuniti MADANI Kubu Gajah anjuran Jawatankuasa Komuniti MADANI Kubu Gajah dengan kerjasama pelbagai agensi awam dan komuniti tempatan berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 pengunjung.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Komuniti MADANI Kubu Gajah, Encik Fairuz bin Mohd Saari, dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusof. Antara agensi yang menyertai pameran termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Farmasi Hospital Selama, Saito University College, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan mySalam. Pengurus NADI Pekan Kubu Gajah iaitu Encik Hafizan turut bertindak sebagai pengacara majlis sepanjang program.

Acara diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid SK Sungai Dendang dan SK Toh Rakna Sakti, di samping pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan MLBB 2025, Bowling Kampung, Gubahan Kain Batik, dan Pertandingan Mewarna. Pihak Polis Selama turut menceriakan suasana dengan gimik kemerdekaan, menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua KRT Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah, untuk dipasang di sekitar kawasan.

Program ini turut mendapat sokongan padu usahawan tempatan yang membuka gerai jualan, manakala Lori Jualan Perak Sejahtera oleh KPDN menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Dengan tema “Merdeka Milik Kita, Budaya Warisan Kita”, program ini berjaya mengeratkan hubungan komuniti sambil memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap warisan budaya tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.